SENYUMLAH....
Hapuskan Kesedihan mu Dengan Senyuman...
Buka mata hati mu wahai manusia... hidup ini terlalu singkat untuk di tangisi... senyum lah walau ia pahit... tenangkan hati mu.. meski kehidupan ini terlalu sukar untuk dilalui....
Ujian hadir pada orang2 yang terpilih... orang itu terlalu hebat ! hebat ! hebat kerana di uji dengan ujian yang begitu.... senyum lah saat di uji.. senyum lah di saat jatuh.. senyum lah walau hati ini tidak mampu.. biar ia menusuk ke kalbu hingga tiada kesan pada fizikal.. itu lah orang yang kuat.. mampu tersenyum walau hati itu sudah ranap, sudah kehilangan kata2..
ALLAH itu SATU... DIA lebih mengerti apa yang kita perlu.. DIA ingin melengkapkan kekurangan dalam hidup kita meski kita tidak lagi mampu untuk tersenyum di kala kesempitan menyelubungi hari-hari kita... Takdir Allah siapa tahu ? mungkin hari ini DIA hadirkan air mata kesedihan, tapi esok mungkin kita akan menangisi sebuah kebahagiaan yang tiada banding nya... percaya lah wahai mujahid mujahidah islam.. sesungguh nya.. senyum itu kekuatan ubat kepada duka lara...
Sedangkan senyuman yang hadir di sisi kita mampu memberi semangat pada insan yang lemah, dapat mengubati pesakit yang sedang mengharungi kesakitan, mampu membuat bayi berhenti menangis, mampu menceriakan hari yang suram, mampu menyedarkan manusia bahawa hebat nya tersenyum di kala kesedihan hadir.. ajaib nya senyuman itu...
Senyum lah..
0 comments:
Post a Comment