BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 3 September 2014



S.A.H.A.B.A.T

Nilai persahabatan...



Sahabat itu nilai nya lebih berharga dari mutiara.. Sungguh sahabat adalah anugerah yang terindah... cinta dan kasih seorang sahabat akan kekal hingga jannah Allah.. Indah bukan ? Sahabat yang baik akan menjadi cermin buat diri kita, menjadi kaki dan tangan di kala diri kejatuhan.. Biar masa dan jarak memisahkan namun tiada erti PISAH dalam persahabatan mereka.. jiwa mereka sentiasa bertaut, doa sentiasa mengiringi langkah... indah nya berkasih sayang dengan mereka.. yang bergelar SAHABAT !





truely sahabat : Siti Farahana & Nik Amira Athirah

Wednesday, 27 August 2014


Bahagialah kerana Allah !!




MAAF !!!


Monday, 25 August 2014


Mujahidah Islam !


Ya Allah, please guide me all the way.. don't leave me alone because i need you.. everything i've do i need your help... Ya Allah, i want to go your heaven.. 

Perempuan yang hebat itu mampu menutup aurat nya sebaik mungkin kerana ingin menjaga ayah nya dari api neraka, perempuan yang baik itu tutur kata selembut sutera, mendiamkan diri di saat di uji, menangis di atas kerendahan jiwa yang mengigatkan akan dosa lampau.. menjadi kekuatan pada keluarga, sahabat, dan teman2 nya.. Perempuan yang baik itu mampu membicara tentang apa yang diperlukan dan tidak menghiraukan pandangan musuh nya... Hanya Allah menjadi ketakutanya.. Hanya Allah tempat berlindung nya, Hanya Allah menjadi tempat mengadu nya di kala lemah, dan Hanya Allah punca kekuatan nya...


PEREMPUAN !!

Jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga aurat, jaga tutur kata mu, jaga jiwa mu..
Allah mengasihi mu wahai mujahidah islam!






Saturday, 23 August 2014






AKU BUKAN WANITA LEMAH !



Air mata yang menitis bukan lagi air mata kelemahan tapi penyesalan... aku tidak akan pernah tertunduk lemah lagi...

Aku memang tidak kuat tapi kerana Allah aku harus kuat !!



Never give up !!!

Sekali jatuh tak akan membuat aku jatuh untuk kedua kali walau pun ia sukar.. tiada perkataan "Putus Asa" dalam hidup aku.. cukup sekali.. Belajar dari kesilapan membuat aku matang... Smile ^_^




SENYUMLAH....




Hapuskan Kesedihan mu Dengan Senyuman...

Buka mata hati mu wahai manusia... hidup ini terlalu singkat untuk di tangisi... senyum lah walau ia pahit... tenangkan hati mu.. meski kehidupan ini terlalu sukar untuk dilalui....

Ujian hadir pada orang2 yang terpilih... orang itu terlalu hebat ! hebat ! hebat kerana di uji dengan ujian yang begitu.... senyum lah saat di uji.. senyum lah di saat jatuh.. senyum lah walau hati ini tidak mampu.. biar ia menusuk ke kalbu hingga tiada kesan pada fizikal.. itu lah orang yang kuat.. mampu tersenyum walau hati itu sudah ranap, sudah kehilangan kata2..

ALLAH itu SATU... DIA lebih mengerti apa yang kita perlu.. DIA ingin melengkapkan kekurangan dalam hidup kita meski kita tidak lagi mampu untuk tersenyum di kala kesempitan menyelubungi hari-hari kita... Takdir Allah siapa tahu ? mungkin hari ini DIA hadirkan air mata kesedihan, tapi esok mungkin kita akan menangisi sebuah kebahagiaan yang tiada banding nya... percaya lah wahai mujahid mujahidah islam.. sesungguh nya.. senyum itu kekuatan ubat kepada duka lara...

Sedangkan senyuman yang hadir di sisi kita mampu memberi semangat pada insan yang lemah, dapat mengubati pesakit yang sedang mengharungi kesakitan, mampu membuat bayi berhenti menangis, mampu menceriakan hari yang suram, mampu menyedarkan manusia bahawa hebat nya tersenyum di kala kesedihan hadir.. ajaib nya senyuman itu...

Senyum lah..






Thursday, 21 August 2014




This is about Love !


Love is the most beautiful feeling...

Love is the most beautiful feeling. It is said to be the truest of all the human emotions. when we are in love our world seems to cheer up instantly. We start looking at life from a different but positive angel.

When in love we have the tendency to put the interest of the other person before us and hence, the pain that we suffer when a romantic relation go astray is excruciating.

We pray that no one ever suffers a broken heart but at times things are inevitable. We must know that without love we're nothing.. because of that love is very important..


DEAR MY IMAM...

Wahai jodoh ku... ku tahu diri mu kini sedang menanti diri ku.. begitu juga aku sedang menanti kehadiran mu.. aku tahu telah Allah siap kan diri mu untuk menjadi pemilik tegar tulang rusuk kiri ku... Wahai jodoh ku yang masih lagi menjadi rahsia yang maha Pencipta, peliharalah imanmu, hatimu, dirimu, perbuatanmu, sikapmu dan segala-galanya tentang mu... peliharanya sebaik mungkin... ingin sekali diri ini menemui mu.. akan tetapi akan ku pendam hingga akad menghalalkan kita.. saat wali ku membenarkan dirimu menjaga hati dan fizikal ku seperti mana Dia menjaga ku saat kelahiran ku hingga aku menjadi milikmu.. Wahai jodoh ku.. yang tidak  pernah mengenali nama mu, tempat tinggal mu, asal usul mu.... hanya satu permintaan ku, pimpin aku ke syurga ILLAHI.... ke syurga Firdausi.. jadikan hari2 ku tenang di saat bersama mu... Wahai pemilik rusuk kiri  ku, akan ku tunggu diri mu, akan ku pelihara diri ku sehingga kita di pertemukan. akan ku menjaga kesetiaan dan kejujuran diri ini sehingga hujng nyawa aku... terima kasih wahai jodoh ku, bakal imam ku...

AMIN..

BANGKIT.... :-)


BANGKIT DEMI MASA DEPAN...


Kehidupan kadang kala menjatuhkan kita... memberi keperitan untuk terus bangun... namun bukan kah kita sedar bahawa kejatuhan atau kegagalan seseorang itu adalah permulaan kepada kejayaan... mungkinkah ?? kehidupan memang sebegitu... kehidupan seperti roda yang sentiasa berpusing tanpa mengira waktu. membenarkan setiap perkara... memberi pengertian disetiap makna... menerima segala kemusykilan tanpa ragu.. itu kehidupan.. pecaturan hidup dalam melengkapkan harian kita sebagai hamba di muka bumi ini.. sedarkah kita wahai umat Muhammad ?? 

Disaat rebah kemanakah kita ? di saat bahagia ke mana kah kita ? terpikirkah kita bila kemana kita pergi saat kita perlukan sesuatu untuk melengkapkan yang  sesuatu yang kosong.. benarkah kita ?? mungkin banyak persoalan yang pernah hadir dalam benak fikiran kita ? tapi.. kita tidak pernah peduli malah kita abaikan... tapi saat kita rebah saat kita jatuh.. kita mencari.. kita tertanya... soalan demi soalan mengasak fikiran... wahai manusia yang masih berada diperjalanan hidup ini.. mampukah kita menjawab semua itu ?? pasti tidak bukan... tapi mengapa takdir perlu dipersalah kan ?? cuba berfikir sejenak... :-)

Allah menghadirkan ujian untuk mendewasakan kita... bukan untuk menghukum kita... tanda kasih abadi Allah kepada kita dalam meniti kehidupan yang penuh kejutan...

Mari kita menoleh kebelakang sebentar mengigati liku-liku kehidupan kita dari awal... disaat kita lahir.. orang sekeliling merasai kebahagiaan disaat suara kita memecah gegendang telinga mereka... senyuman hangat dibibir.. kucupan demi kucupan kita terima tanda kasih nya mereka akan kehadiran kita... saat umur kita meningkat.. kita di ajar untuk merangkak.. tiap kali kita ingin merangkak kita diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak lepas menjaga kita dari bangkit nya kita tidur di pagi  hingga lelap nya mata kita pada malam hari... bahagia nya si dia... hari demi hari kita di perhati tanpa jemu sehingga kita dapat merangkak... selang beberapa bulan kita di ajar pula untuk berdiri... sekali lagi si dia setia berada di sisi tanpa jemu... memimpin kita untuk berdiri... saat itu lah saat yang kita rasa sukar untuk meneruskan... bila kita cuba untuk berdiri sering kali diri ini terjatuh.. lalu kita menangis tanda memprotes.. begitu lama kita di ajar untuk terus utuh berdiri agar kita sentiasa bangkit walau kita sering jatuh... terlalu banyak air mata mengalir.. tapi tangan itu sering menyapu air mata di pipi... tanpa jemu dia terus memimpin tangan kita agar terus berdiri dan berjalan... berjalan untuk kehidupan yang mendatang... Allahu.. tangan itu hati itu tidak pernah mengeluh !!

Hari demi hari kita layari penuh dengan dugaan dan rintangan.. tanpa mengenal erti keluhan... cuba untuk berdiri agar kita dapat bersama dengan insan yang lain. dapat berjalan seiring kaki si dia melangkah... bahagia bukan ?? setelah sekian lama kita berjalan kita di suruh pula untuk berlari agar kita mengenal erti penat atau erti lelah nya dalam mengejar sesuatu impian yang kita inginkan... tapi dalam pelarian kita mungkin kita pernah jatuh lalu kita menangis kerana kesakitan tapi kita tetap bangkit demi impian yang kita kejar... akhirnya kita mengapai keinginan kita.. yea keinginan untuk berlari, berjalan, berdiri, dan semestinya ia bermula dari bawah iaitu merangkak. begitu lama kita ambil masa untuk mendapat keinginan itu..

Kini... kita sudah dewasa.. kita sudah mampu untuk mengenal erti kehidupan sebenar. tanpa sedar usia kita meningkat.. dan tanpa sedar juga terlalu banyak kehendak yang kita perlukan.. zaman kini menginginkan seribu kemahuan. hanya tinggal untuk berusaha... Usaha. Usaha... tapi kita sering alpa akan perkataan itu. bila kita ingin kan kehidupan kita yang sempurna kita sering lupa akan perkataan itu.. akhirnya kita berserah pada takdir.. 
sampai bila kita terus berada di bawah sehinggakan dunia sekarang memerlukan kemajuan dari setiap segi... setiap penjuru.. lalu dengan keinginan itu kita memulakan langkah..

Langkah demi langkah kita atur agar kehidupan yang sempurna dapat kita capai.. wow ! hebat nya kita dalam melayari kehidupan ini.. bila saat kita atur langkah itu, kita lupa akan siapa yang menerbitkan perasaan itu.. lupa akan tangan yang sering memimpin kita dulu.. taksub akan dunia hingga kita alpa, lupa, akan apa yang pernah ada disisi kita. Begitu banyak dugaan yang kita rasa dalam menuju kehidupan itu..  kadang2 ia membuat kita lelah.. lalu kta berhenti.. mengharap belas kasihan pada DIA yang pernah memberi kebahagiaan suatu ketika dahulu.. Tapi saat DIA merindui mu.. DIA hadirkan hadiah berbentuk ujian agar kita tabah setabah kita bangkit dari merangkak dari cuba untuk berdiri... tapi kita langsung tidak memandang akan hal itu.. terus alpa akan dunia yang kita cipta.. menyalahkan takdir akan apa yang berlaku.. Akan tetapi DIA tidak pernah meningalkan kita walau sedetik.. Lalu DIA memberi apa yang kita perlu...

Masa terus berlalu.. kebahagiaan terus menguasai hari-hari kita.. tapi kita tetap alpa akan DIA... Satu masa kita di uji kerana kerinduaan yang begitu hangat dari-NYA, namun kita terusan tidak sedar.. lalu kita jatuh dan tidak mahu untuk bangkit.. kerana lelah dan penat... akhirnya kita jatuh dan lupa untuk bangkit... kita menyalahkan orang2 sekeliling kita yang pernah bahagia kerana kita.. mengecewakan hati si dia yang tidak pernah jemu berada disisi semasa kejatuhan kita dulu dalam mencapai kehidupan... lalu kita berputus asa.. berhenti untuk bangkit.. wahai pengembara sekalian, disinikah hentian anda setelah belasan tahun anda cuba untuk berdiri dalam penintian hidup ini ??

Fikirkanlah...

Bangkitlah walaupun pahit.. bangkitlah... cubalah untuk berdiri meski kita lelah... kerana itu lah kehidupan yang sempurna... kesempurnaan tidak akan hadir jika kita tidak menyempurnakan.. lapangkan hati dan fikiran mu.. lalu damaikan hati agar kita dapat menilai erti sebenar nya BANGKIT...

Cari lah diri mu dalam kehidupan dan percayalah akan Takdir ALLAH swt.. JANJI ALLAH ITU PASTI... <3


Friday, 14 February 2014

kekuatan.... jika disebut perkataan itu semua tahu maksud nya... akan tetapi mereka mengetahui maksud itu melalui luaran bukan dalaman... untuk menjadi kuat bukan susah dan ia sukar kerana perlu melalui pelbagai dugaan... ALLAH SWT menguji kekuatan manusia melalui kekuatan mereka... jika mereka lemah ALLAH SWT tidak akan menguji ujian itu kerana ALLAH SWT itu adil dan saksama....


yaaa... senang untuk kuat dan sukar untuk diperoleh... aku seperti insan lain, memiliki pelbagai kisah dan cerita hidup yang tersendiri.... dari apa yang aku lalui mengajar aku erti kuat serta memahami maksud itu dengan mendalam..... aku tidak segagah orang yang lain... aku sering mengeluh saat diuji,, sering tertarik akan keindahan duniawi yang sementara, mudah tunduk akan hawa nafsu, mudah berputus asa saat apa yang aku buat tak tercapai seperti kehendak, mudah menagis pada benda yang remeh,,,,, bertapa lemah nya diriku...

ya ALLAH... sebegitu lemahnya diriku dihadapan mu... sedangkan kau telah memberi jalan yang terbaik kepadaku agar terus kuat dan tidak pernah tunduk lemah kerana NABI MUHAMMAD kita telah meninggalkan 2perkara kepada kita iaitu AL-QURAAN dan AL SUNNAH... disitu ALLAH membuktikan kecintaan dia kepada kita... SUBHANAALLAH... indahnya jalan ini... aku alpa akan hakikat itu,,, aku sering kali menjadi hamba kepada dunia.. maksiat... aku biarkan masa yang ada begitu dengan pekara tidak berfaedah... aku biarkan diri aku berada dalam kesesatan,, sedangkan aku tahu itu salah... ya ALLAH.. betapa jahil diri ini dari orang yang jahil sebab aku melakukan dalam mengetahui... sedangkan mereka melakukan silap itu tanpa mengetahui...

kini aku sedar... ALHAMDULILLAH... Allah hantarkan orang-orang yang baik dan sempurna dalam hidupku untuk membantu aku berubah dan menuju ke jalan ALLAH... SUBHANAALLAH... indah sungguh jalan mu... tak terkata aku saat kau hadirkan mereka... banyak pekara yang aku belajar,,, tanpa aku sedar aku berubah sedikit demi sedikit...

mereka umi dan papa, farahana, amira athirah, ismul, arif, shuzairi shazuan, tolik, dan reen. bila aku melihat mereka, aku jadi malu kerana keperibadian mereka,, mereka lah yang ajari aku untuk kuat... lastly... I going to be strong.. aku dapat jadi kuat.. dan sedaya untuk terus bangkit walau beribu masaalah yang datang. ALLAHAMDULILAAH.. :-)


#HANYA CORETAN MASA LALU

Wednesday, 12 February 2014

permulaan kehidupan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis blog... sudah lama penatian ini, akhirnya tercapai jua.... saya baru dalam dunia blog ini... minat dan semangat yang berkobar-kobar menjadikan saya bersemangat untuk menceburi dunia blog ini... harap mintak tolong ajar apa yang kurang dan bantu insan yang kerdil ini...